Wednesday, July 11, 2012

PENDAPAT PENGARANG BERKENAAN ISU "IMAM MAHDI" MENGAMUK.....




KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dan wanita yang mengamuk di luar pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, dipercayai mengalami masalah mental, kata polis.

Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi dan wanita berusia 28 tahun itu juga dipercayai ekstrem dengan ajaran Islam menyebabkan mereka bertindak mengamuk bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata Khalil Afandi dan wanita itu, dipercayai baru mengenali satu sama lain seminggu lalu dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, hari ini, beliau berkata Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menggerakkan unit khasnya untuk menyiasat sama ada mereka menganggotai kumpulan ajaran sesat.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek bertindak demikian berikutan ajaran agama yang songsang. Polis sedang menyiasat sama ada suspek anggota ajaran sesat," katanya.

Mohmad berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian itu, mereka dihantar oleh sebuah kenderaan sebelum ditinggalkan di pekarangan JPM.

Dalam kejadian jam 2.30 petang semalam, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.

Polis terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha memujuk lelaki dan wanita itu gagal, sebaliknya mereka yang bersenjatakan pedang samurai, cuba menyerang polis dan merosakkan beberapa kenderaan di kawasan itu.

Mohmad menjelaskan tindakan polis terpaksa menembak kedua-dua suspek itu sebagai langkah mempertahankan diri daripada terus diserang dan meminta orang ramai supaya tidak mempolitikkan kejadian itu.

Mayat Khalil Afandi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Wanita terbabit ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

- BERNAMA

    Dari petikan BERNAMA di atas, kita dapat melihat akan seorang lelaki yang memiliki "hati waja ibarat PANGLIMA MAHDI" yang merusuh akan ketidakpuashatian terhadap keadaan CORRUPT dan PENYELEWENGAN dalam agama dan kerajaan MALAYSIA....dalam masa yang sama menjadi "KAMBING HITAM" kezalimam masyarakat yang suka menjadikan bahan jenaka akan isu2 agama yang penting IMAM MAHDI AS/DAJJAL/NABI ISA kembali dan sebagainya.....

   Apa yang penulis cuba katakan di sini ialah, SAYA bukanlah sekali-kali bermaksud nak menyokong perbuatan ARUAH yang mengaku IMAM MAHDI AS dan mengamuk di PUTRAJAYA. Pada pandangan saya, arwah adalah seorang yang ikhlas dan berniat menegakkan ISLAM serta "MERINDUI KEMBALINYA ISLAM SECARA SYUMUL DI BUMI BERTUAH- MALAYSIA INI"....

   Jangan lah sekali-kali kita mencerca ARWAH yang telah menjalankan amanah dengan BAIK tetapi TIDAK SEMPURNA......beliau tidaklah lain, melainkan SAKIT HATI dan JIWA dengan kalian masyarakat MUNAFIK yang SUKA MEMAKAI TOPENG ISLAM DALAM SETIAP KERJABUAT tetapi MEMAKAI "HAKIKAT" KAFIR.......Maafkan kekasaran bahasa ku, tetapi di MALAYSIA ini, dari FIRASAT-KU berdasarkan guru2 MARIFAT yang handal, kira-kira 13 JUTA manusia di MALAYSIA ini merupakan AHLI NERAKA JAHANNAM.....

   Cakap macam main2 je, tapi kalau tengok REALITI MELAYU SEKARANG.......macam tu lah GAMAKNYA......cuma, kita tak leh nak HUKUM DIRECT je.........apa2 hal, saya merasai SEDIH DENGAN KEHILANGAN ARUAH, dan semoga ALLAH SWT, mengampuni DOSA2NYA, yang tidak bersabar hendak melihat DAULAH BANGKIT, sehingga keluar menonjol diri sebagai IMAM MAHDI AS.....AL-FATIHAH...............

NUKILAN : SIDI RIJJAL AL-FAKIR ILALLAH

RUJUKAN PETIKAN : BERNAMA

17 comments:

  1. 13 JUTA manusia di MALAYSIA ini merupakan AHLI NERAKA JAHANNAM? Pengarang sendiri dan Guru2 makrifat yg handal tu AHLI syurga atau neraka?

    ReplyDelete
  2. hehehe........guru tu kata dia sendiri tak tau nasib........kena istiqomah kekal beramal dulu..........

    ReplyDelete
  3. jadi, tentulah pengarang pun tak berani nak cakap, pengarang berpendapat perlu TERUS BERAMAL.......dan menyuci HATI.....

    ReplyDelete
  4. Benar. Sedang nasib diri kita sendiri belum tentu di syurga atau neraka, tidak layak kita menentukan kedudukan orang lain pula. Mengadili dan menghukum tu kan kerja Tuhan. Maaf, saya hanya menyatakan pendapat saya. Pengarang boleh tolak kalau tak mahu terima.

    ReplyDelete
  5. itu gambaran skop semata2........punya ramai ahli2 ciri2 neraka

    ReplyDelete
  6. bukan menentukan perkara HAKIKI......tetapi sekadar gambaran utk renung......ciri2 ahli NERAKA bukankah bertebaran dapat dilihat keliling kita sahaja.......

    ReplyDelete
  7. Jgn semberono buat tindakan seperti jayanegara wlupun kecewa dgn politik atau pemimpin dunia ini....bykan tugas manusia utk hukum manusia lain...kakau nyawa keluarga kita yg dihujung pedang samurai jayanegara itu barulah saudara nk ckp dia gila?? islam tak ajar berontak begitu...itu sesat....bahaya kpd org ramai....dah tu dia libatkan isteri org sama apehal...nasib tak arwah juga..

    ReplyDelete
  8. Contohilah nabi-nabi dan rasul yg penuh sabar dlm perjuangan...
    Yg mengikut nafsu amarah begini mudah digoda iblis...iblis suka org begini...
    Jika ada korban nyawa dihujung samurai itu pada hari tersebut barulah kita menganggap arwah ini sesat..gila...
    Nauzubillah..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Maaf sekiranya Gua dianggap sebagai troll di tapak ini. Gua rasa, sebelum nak tegakkan syiar Islam kena tegakkan syariat yg wajib kita buat dulu. Langkah pertama, Tutuplah aurat secara sempurna sebelum hendak pergi berjuang. Upload gambar dgn Pusat perut terjojol di Blog dan FB kemudian mengamuk bersama bukan muhrim tanpa menutup aurat dengan betul itu bukan sesuatu yang dianjurkan nabi. Wallahu alam. Allah yang lebih maha mengetahui. Semoga Allah memberikan kita semua hidayah dan cahaya kebenaran. InsyaAllah.

    "Lailahaillah Anta, Subha nakainni, Kuntumminozzolimin "

    ReplyDelete
  11. abg..percayalah pada kerajaan yg memimpin skang..

    ReplyDelete
  12. salam sejahtera buat semua terutama kepada tuan rumah,

    pengumuman,blog 9111tanyasamaituhudhud telah diubah ke teratak yang baru,jemput singgah ya...peace..:)

    ReplyDelete
  13. Nabi Muhammad sendiri tidak pernah menegakkan islam secara sebegitu, sebaliknya nabi saw berterusan mensyiarkan islam secara harmoni tanpa merujuk kepada mana2 kekerasan.
    tetapi perbuatan sipelaku hamba Allah ini agak berlainan dan bertentangan sekali,
    sesiapa pun tahu dalam ilmu sufi dan pengamal tarikat tidak pernah ada ajaran dengan kekerasan yang diamalkan adalah pensucian diri sendiri dengan zikirullah, bukan dengan cara kekerasan dan berperang sesama islam.
    Sebabnya ahli sufi dan tasauf lebih percaya kepada bermunajat kepada Allah dgn zikirullah dan dengan senrdiri kekuatan islam itu akan terbentuk, duniawi ini akan tetap menuju kiamat....jadi tak perlu melalak macam anjing salak bukit dan berganyang sesama saudara seagama.....yg lebih parah mengaku menjadi imam mahadi...pengarang harus nilai pembawakan sebegini sebelum menulis untuk bersimpati, kerana adakah kita bersimpati kepada yg hak atau yg batil...
    Ini perlu diingat jgn bersimpati tanpa melihat perkara yg sebenar....kalau macam tu setiap kali seseorang mengaku imam mahadi dan meletup diri sendiri di shopping complex kita kena bersimpati.....tetapi yg mati atau cedera akibat perlakuan beliau pulak adalah seagama, yg mana satu simpati kita???
    RENUNG2kan lah

    ReplyDelete
  14. Cuba kome lihat topi imam mahadi....lambang lanun lagi.

    bukan menghina tetapi melihat adap seorang IMam Besar.

    Fikirlah

    ReplyDelete
  15. aq tak kata DIA IMAM MAHDI...........dia cuma seorang yang DAHAGA MAHADI, semoga ALLAH AMPUNKAN RUH BELIAU..........

    ReplyDelete
  16. Adakah diri kita golongan ahli syurga? Pendapat dan penulisan anda telah melambangkan anda salah seorang yang benar dalam menilai kafir atau tidak Melayu di Malaysia. Renunglah sejenak wahai saudara seagama ku dalam penulisan mu.Bukan kerja kita menghukum SEMUA manusia di atas mukabumi ini. Bebaskan minda anda dalam penulisan anda dari pencabulan fakta dan bukti. Bebas dari anasir politik dan polimik. Jadilah insan kamil yang kurang berkata-kata tentang orang lain. Jadikan kebolehan anda dalam menulis kitab moden ini sebagai landasan mencari jalan penyelesaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima tuan.... sekarang saya berterima kasih kepada tuan...

      Delete