Sunday, December 4, 2011

Jenis-jenis manusia......





ketahuilah wahai insan, sahabat2 mahupun saudara2 semanusia denganmu maupun musuh2 manusia mu, ketahuilah mereka tiada lari dari 4 yang berikut, dengan ini kita tiada lagi perlu gusar jika ketemu sebarang kriteria ini pada empunya diri2 tersebut :

ketahuilah, adapun :

1. Islam pada Zahir dan Batin = pastinya inilah sahabatmu yg paling beruntung, engkau pasti masuk surga kerana kebaikannya dan ajakan ke arah jalan benar. Mereka lah Insan yang Kamil dan sempurna lagi akan membimbingmu ke Sorga-Nya

2.Islam pada Zahir tetapi Kafir Batin = sesungguhnya, inilah manusia dari kategori yang paling celaka dalam semua yang akan kusebut ini, sebabnya? mudah, mereka ini, di kulit kelihatan sama sepertimu, cakapnya manis di luar, berlagak macam jaguh, kadang-kadang, memang ilmu syariat yang dimilikinya sempurna macam ilmu Syariat yang ada pada Tuhan, tapi janganla lekas mu terpedaya, sesungguhnya, di Batin mereka penuh busuk dan hanyir kerana sifat2 mazmumah. Mereka ini secelaka-celaka, terdiri dari sang Munafik dan segelintir Fasikin besar

3.Kafir pada Zahir tetapi Batin Islam = ini manusia yang jangan kamu memandang luaran mereka, mereka kelihatan seperti orang2 kafir atau non-Muslim yang lain, tetapi mereka dalam diam menyimpan keimanan kepada Allah Rabbul Jalil, cuma mereka tidak mengishtihar kerana banyak faktor, antaranya, mengelak fitnah kerana mereka takut kepada ancaman, bukankah Nabi SAW sendiri menerima Iman di dalam hati? Bukankah umat Islam zaman dahulu pon ada yang terpaksa mengaku kafir kerana khuatir dibunuh sang kafir yang zalim, tetapi beriman di hati dan mereka mengadu kepada Rasul SAW lalu apa Rasul SAW kata? Iman itu bernilai dan dipakai kerna Allah Maha Mengetahui apa yang di dalammu. Mereka kadang2 nampak macam Rahib2 ajaran2 lama yang kebanyakannya telah tersesat tetapi mereka menutup rahsia keimanan mereka dari umum atas asbab tersendiri

4.Kafir Zahir dan Kafir Batin = ini manusia yang celaka, mereka memang terdiri dari api yang panas dan tidak menerima sebarang kebenaran yang ditujukan ke hati mereka. Mereka menutup pintu hati mereka dari APA JUA kebenaran yang datang. Mereka mengambil jalan mudah dengan mengingkari sama sekali ajaran Tuhan secara mutlak, dan mereka ini habuan mereka hanya satu jua, Api Naar yang menyala dan mambakar

Begitulah serba sedikit ciri-ciri sahabatmu, semoga kita diberi mata bashirah untuk meneliti sifat2 saudara2 dan sahabat2 kita, agar kita tidak lagi terjerat dengan manusia yang memakai pakaian Iblis dan neraka jahannam ini....



Nukilan : Sidi Ar-Rijjal aka Lijai aka Mr Jay

No comments:

Post a Comment