Monday, July 25, 2011

SUFI BOY : cetusan karya ku.....

Animasi Sufi Boy :







Mampukah impianku menjadi suatu kenyataan?

Pasti anda pernah melihat animasi-animasi Jepun, Amerika dan Korea yang bergenre Anime yang berasal dari Jepun, kan? Sekarang ini, jika kita melihat dalam negara kita Malaysia pun, anime telah mula mendapat sambutan hangat di kalangan bukan sahaja kanak-kanak dan remaja bahkan di kalangan segelintir dewasa juga.

Ingatkah anda akan animasi-animasi dahulu dan kini seperti Transformers, Thundercats, Ninja Turtles, Avatar : Legend of Aang, Spygirls dan beberapa animasi "Mat Salleh" yang memiliki pengaruh 'anime'? Ini menunjukkan yang 'anime' dan 'manga' mendapat sambutan yang hangat di Amerika Syarikat.


Sekiranya negara kita mampu menghasilkan suatu 'anime' yang bermutu, pasti nama negara kita Malaysia akan berada gah bersama-sama negara-negara dominan 'anime' dan 'manga'. Pasti animasi ini dapat bersaing bersama animasi-animasi terkenal Jepun seperti Yuyu Hakusho, Dragon Ball, Getbackers dan lain-lain.

Jadi sebagai suatu ilham, aku lukiskan beberapa karekter anime rekaanku untuk sebuah animasi impian yang kuharapkan dapat menaikkan nama Malaysia di dunia 'manga' dan 'anime'. Terimalah dariku : SUFI BOY : Reawaken....................

Hasil nukil : Rizal hamba ALLAH....

3 comments:

  1. andai kemahiranku melukis gerakan dan imej tepian termaktub, dan setelah sempurna gaya lukisan ku dengan sepenuhnya, pasti aq 'launch' sendiri animasi ni......

    ReplyDelete
  2. salam..menarik ade seni & kehalusan..klu nak menjadi sufi satukan tariqat(hati) + syariat(perbuatan) dulu..baru dtgnya tasauf(rasa/rohani)..bersatu 3 dtglah hakikat(maksud/erti)..barulah terbuka makrifat(faham/ilmu)sempurna 5 semuanya seumpama 5 waktu solat, 5 rukun islam, 4qul+1fatihah,4sahabat+rasul saw,4kitab+rasul saw dll...

    ReplyDelete